Akaun nawa.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Kelas Intensif Online iTATAP al-Sajdah

Kelas Intensif Online iTATAP al-Sajdah
Nak kami bantu anda amalkan
Surah al-Sajdah  
dengan baik & konsisten?

Ramai yang pernah mendengar imam solat Subuh mengalunkan surah ini setiap pagi Jumaat dalam rakaat pertama, kemudian dipadukan lagi dengan bacaan surah al-Insan pada rakaat kedua. Namun tidak ramai yang mengetahui RAHSIA dan KELEBIHAN surah al-Sajdah ini sehinggakan Nabi Muhammad sallAllahu alaihi wasallam tidak tidur melainkan setelah membaca surah ini setiap malam (menurut rekod Imam Tirmizi dalam kitab Tuhfat al-Ahwazi).


Hakikatnya, terdapat banyak lagi kelebihan lain sama ada yang tersurat mahupun yang tersirat dari setiap kalimahnya.   Kesimpulannya, terlalu sedikit mereka yang betul-betul memahami dan mengamalkan surah ini dengan cara yang betul dan konsisten. Bermula dari cara bacaan yang bertajwid, memahami makna maksud & tafsirannya sehinggalah ke tahap menghayatinya dengan baik. Menjadi bonus apabila dapat pula menghafaz surah ini. TAPI berapa ramaikah yang begini?


Selepas mendapat maklumbalas yang sangat baik daripada alumni iTATAP siri sebelum ini (iTATAP al-Mulk), pihak kami ingin meneruskan lagi usaha membantu golongan yang mempunyai minat dan azam yang sama. Iaitu mempersiapkan diri dengan al-Quran sebelum dipanggil Allah. Dari semua sudut. Maka tercetuslah siri kedua iTATAP.


Kali ini kami memilih untuk menatap dan menghayati surah al-Sajdah pula.

Baiklah kita, APA ITU iTATAP AL-SAJDAH?







Di luar sana, sudah banyak kelas pengajian al-Quran bertajwid, kelas Tahsin al-Quran, tak kurang juga aktiviti Tadarus berkumpulan secara fizikal mahupun online. Namun, masih terlalu mereka yang tampil memberikan bantuan dari sudut meningkatkan lagi kualiti penguasaan al-Quran  sedia ada. Mungkin ada kekangan yang tersendiri.


Nah, di sini saya Abdul Aziz Abas ingin menawarkan diri untuk mengisi ruang kosong yang ada. Seterusnya memperkemaskan lagi dengan sebuah ekosistem yang unik.   Izinkan saya dan team membantu anda untuk mencapai  impian kita bersama untuk sehidup semati dengan al-Quran.


Izinkan kami membimbing anda dengan bacaan surah al-Sajdah yang betul & bertajwid sehingga anda mampu membacanya dengan lancar.   Manalah tahu rezeki anda dapat menghafaznya dengan baik sebelum menghembuskan nafas yang terakhir. Dapat mengamalkannya sebelum mata terlena setiap malam. Sudikanlah diri untuk mengikuti setiap slot pengajian online yang kami sajikan khas untuk anda.  


Kami percaya anda pasti memerlukannya. Jika bukan untuk memperkemas bacaan, boleh jadi untuk anda lebih memahami makna yang  tersurat dan tersirat di sebalik surah ini. Boleh jadi juga untuk anda lebih menghayati surah kegemaran anda. Percayalah, kami ada di sini untuk membantu anda. 


Kerana inilah inti yang akan mengisi kulit bacaan anda selama ini. Dengan cara ini, saya berharap agar kita semua dapat mengamalkan surah yang sangat istimewa ini sebaiknya. 


Kami ingin menjadi pelengkap kepada rakan-rakan kami yang mengalunkan surah ini di subuh hari. Sama ada di masjid/surau/maahad tahfiz ataupun di rumah.   Izinkan kami memberi nilai tambah kepada anda kali ini. 


Masih belum terlambat untuk kita. Manfaatkan peluang ini sebaiknya. 


  iTATAP bukanlah seperti program-program online yang lain. 


iTATAP al-Sajdah adalah pakej yang lengkap untuk anda yang belum pernah menyertai kelas online seperti ini. 


iTATAP al-Sajdah juga pelengkap bagi mereka yang pernah menyertai sesi bacaan al-Sajdah secara fizikal/online. 


Kami telah membuat perbandingan di pelbagai saluran. Kerana itulah, kami sediakan pakej lengkap ini untuk anda.  Semoga kita semua konsisten mengamalkan surah ini sehinggalah dijemput bertemu Allah.


Baiklah, apa yang iTATAP sediakan untuk anda?


ANDA AKAN DAPAT 7 + 7 :


#1

Sesi Bimbingan Bacaan Surah al-Sajdah

(secara live & video recorded)


#2

30 Ayat Siri Tafsir + Tadabbur Surah al-Sajdah

(secara live & video recorded)


#3

1 Slot Kaedah Hafazan Tahan Lama

(secara live & video recorded)


#4

4 Sesi Soal Jawab Dengan Peserta

(secara live & video recorded)


#5

7 Siri iTATAP Sepecial Edition

(secara live & video recorded)


#6

Infografik TATAP al-Sajdah Special Edition

(dalam format PDF atau JPEG)


#7

Jadual Hafazan Simple + Practicle

(dalam format yang mudah dicetak)


inilah 7 basic items khas untuk semua peserta...




Kejap!  Ada lagi  BONUS  Khas Untuk Yang Bersungguh


#8 Bonus

E-book Nota iTATAP al-Sajdah

(dalam bentuk PDF atau lebih canggih)


#9   Bonus

E-book 7 Sifat Penduduk Syurga al-Quran

(dalam bentuk PDF atau lebih canggih)


#10   Bonus

E-book 8 Sifat Penduduk Neraka Dalam al-Quran

(dalam bentuk PDF atau lebih canggih)


#11   Bonus

Sesi Tasmik Bacaan/Hafazan Surah al-Mulk *

(terhad & bersyarat)


#12   Bonus

Diskaun 50% Tiket Personal Coaching & Tasmik

(kami sediakan guru tasmik untuk mereka yang memerlukan)

(terhad & bersyarat)


#13   Bonus

2 Platform Support Group Berlainan

(Akses selama 120 hari/4 bulan)


#14    Bonus

Moneyback Guarantee*

(tertakluk syarat)


Inilah 7 + 7 item yang akan anda dapat dalam iTATAP al-Sajdah




[ FAQ - FAQ - FAQ ] 



1.  Apakah platform untuk peserta iTATAP mengikuti setiap kelas?

= Intensif ini adalah SECARA ONLINE melalui platform  FACEBOOK GROUP KHAS & CHANNEL TELEGRAM



2.  Bagaimanakah cara untuk peserta mengikuti semua kelas ini?

= Peserta boleh mengikuti sesi pembelajaran secara LIVE ataupun menonton rakaman sesi tersebut selepas LIVE. Peserta bebas mengikuti kelas pengajian pada waktu lapang masing-masing, Dan boleh menontonnya beberapa kali tanpa had.



3. Bilakan iTATAP al-Sajdah bermula?

= 03.03.2021 in sya Allah jika tiada sebarang masalah.



4. Saya tidak pandai membaca al-Quran bolehkah saya ikuti iTATAP ini?

= BOLEH. Syarat untuk menjadi warga iTATAP hanyalah kesungguhan ingin belajar. In sya Allah dengan modul & ekosistem yang dibekalkan anda akan melihat perubahan hari demi hari.



5. Makcik bukannya nak hafal surah ini, tapi makcik nak join sebab nak tadabbur & nak hayati lebih mendalam. Nanti kalau dah sertai iTATAP ni, adakah semua peserta diwajibkan menghafaz al-Sajdah?

= TIDAK WAJIB. Menghafaz surah ini adalah pilihan masing-masing. Namun, pihak penganjur akan membantu & membimbing para peserta yang berniat untuk menghafaz surah ini.



6. Adakah penganjur masih menerima pendaftaran selepas 03.03.2021 ini?

= Ya. Pendaftaran masih dibuka sehinggalah pihak penganjur bercadang untuk menutup platform yang dibangunkan tersebut. Namun, perserta mungkin terpakasa bayar lebih kerana harga yuran makin meningkat.



7. Adakah peserta yang mengikuti iTATAP al-Sajdah selepas 03.03.2021 tidak lagi dapat mengikuti slot-slot pengajian sebelumnya?

= TIDAK. Kerana semua sesi pengajian dirakam selepas sesi LIVE. Jadi peserta baru tersebut masih boleh mengikutinya dengan baik. 



8. Bagaimanakah jika saya ingin bertanya kepada pembentang?

= Penganjur akan menyediakan pelbagai jenis ruangan bertanya. Sama ada melalui ruangan komen di FB, Chat Room di Telegram ataupun WhatsApp. Dan soalan tersebut akan dijawab dalam sesi LIVE atau berbetuk tulisan.



9. Adakah saya boleh menuntut semula yuran pendaftaran jika saya tidak mendapat sebarang manfaat dari kursus ini?

= YA. Kami bersedia memulangkan semula duit peserta yang terbukti tidak memperoleh sebarang manfaat dari kursus ini setelah 15 hari mengikutinya tanpa sebarang prejudis. 



10. Saya tak pernah tahu pun iTATAP ni, bolehkah saya lihat testimoni peserta iTATAP sebelum ini?

= BOLEH SANGAT. Berikut beberapa ulasan dari alumni iTATAP al-Mulk setelah tamat kursus.













Semoga Allah pelihara hati ini dari meninggi diri lalu melupakan bahawa semua nikmat & kelebihan ini hanyalah semata-mata ujian dari Allah yang memperjodohkan antara pihak penganjur yang serba sederhana dengan para peserta yang begitu bersungguh-sungguh mengikuti setiap slot sehingga khatam. Sungguhpun ada yang telahpun berumur. Dari situ, maka terhasillah apa yang dapat kami kongsikan di sini sebagai testimoni.

 

Ala kulli hal, semoga Allah memberkati segala usaha kita walau sekecil mana sekalipun.


OK sekarang beritahu cepat berapakah YURAN untuk kami ikuti kursus yang sangat menarik ini?


Jujurnya, nilai yang terkandung dalam iTATAP al-Sajdah jauh lebih tinggi berbanding harga yuran yang pihak penganjur tetapkan. Ini kerana, manfaat yang bakal para peserta dapat sama sekali tidak dapat diukur. BEYOND.  Ia melebihi apa yang logik akal kita semua. Kami itidak boleh menjanjikan Syurga kerana ia milik Allah. Namun, program seperti ini ibarat PELABURAN kita semua untuk memperoleh SYURGA idaman tersebut. Hanya tinggal kesungguhan dan perkenan dari Allah untuk kita melalui kursus in dengan jayanya. 

Oleh iitu, dengan bertunjangkan semangat "IHTISAB" dan mengharapkan seramai mungkin mendapat manfaat dari program iTATAP ini, kami cuma letakkan  YURAN KOMITMEN yang MAMPU MILIK. Walaupun tidak setanding dengan nilai sebenar pengisian yang ada.


Sekali lagi kami ringkaskan, ANDA akan dapat :

120 Hari Akses + 77 Slot Pengisian + 40 Hari Intensif + 30 Kupasan + 14 Gift + 10 Aktiviti + 4 Modul Istimewa = iTATAP al-Sajdah

Untuk kesemua ini, kami umumkan secara rasmi  YURAN KOMITMEN HANYA RM119  untuk seorang peserta.

Dan sempena hari pelancaran ini,  kami kurangkan lagi khas untuk kumpulan terawal:



Kumpulan Early Bird

RM84 sahaja

(Terhad untuk 400 orang terawal sahaja)


Maaf siap-siap ye. Selepas tempoh tertentu yuran akan kembali kepada harga asal RM119.


Sementara masih awal, daftar segera. Ajaklah orang terdekat. Anda tentu lebih bersemangat mengikuti intensif seperti ini jika ramai kenalan anda turut bersama.


Sebelum itu  jazakumullahu khayra  dan terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi memperkenalkan iTATAP ini kepada keluarga dan sahabat-handai.   Semoga Allah memberkati segala usaha kita semua.  


Kami dari team iTATAP al-Mulk sangat komited untuk membantu anda mengamalkan surah ini dengan cara yang betul dan konsisten. In sya Allah 10% dari yuran yang terkumpul ini, kami akan asingkan untuk projek SUFRAH MALIZIAH pada bulan Ramadhan ini jika penyertaan mencapai sasaran 500 orang peserta.


Doakan kami diberi kekuatan. Untuk terus berkhidmat kepada anda.

Ajaklah sesiapa sahaja. Mereka juga inginkan beroleh untung seperti anda. Semoga tercapai impian kita semua.


SILA BUKA EMAIL SELEPAS BERJAYA MENDAFTAR


Untuk lebih mudah, seeloknya bayar menggunakan TOYYIBPAY.


-:: JUMPA ANDA DALAM iTATAP ::-

<::::::::::::::::::::::::::::::>

<::::::::::>

<::>

:


Perlukan bantuan?