Kelas Intensif Online iTATAP al-Insan

Kelas Intensif Online iTATAP al-Insan
Apakah yang boleh membantu anda meningkatkan kualiti amalan dengan baik & konsisten?
Apakah yang boleh meransang anda untuk lebih gigih mengumpul bekalan di akhirat?
Di saat anda hilang semangat untuk hidup & beramal ibadah, apakah VAKSIN sebenar untuk pulihkan semangat anda?



Hidup ini tak pernah surut dari banjir ujian. Setiap kali kita ingin melangkah untuk menjadi lebih baik dari semalam, pasti ada saja halangan. Sama ada dari dalam diri atau halangan luaran. Nafsu ingin rehat dan cepat letih kerapkali melumpuhkan semangat untuk terus beribadah.Ditambah pula dengan faktor luaran yang menyibukkan dan melekakan kita dari tujuan hakiki kehidupan ini.

Dalam saat yang kritikal ini, kita dilanda wabak COVID-19. Allah sengaja menghantar ujian besar ini bukan sekadar ujian kesihatan & keamanan, bahkan hakikatnya virus ini adalah ujian KEIMANAN. Persoalannya, adakah kita menjadikan saat ini sebagai batu loncatan untuk memperdekatkan lagi diri kita kepada Pencipta kita? Adakah kita berusaha untuk mempersembahkan amalan harian kita dengan cara yang paling terbaik?

Jika YA. Syukur alhamdulillah. Namun, ia bukan sekadar kemampuan anda untuk KUAT beribadah. Hakikatnya adalah
kemampuan anda untuk KEKAL beribadah.


Jika BELUM. Syukur alhamdulillah kerana INILAH peluang yang Allah hadirkan untuk anda mendapatkan PERANSANG SEBENAR dalam mencapai kualiti ibadah. Melalui kelas INTENSIF ini, anda mampu meningkatkan mutu ibadah anda in sya Allah.


Kesimpulannya, terlalu sedikit mereka yang menyedari dan mengambil tindakan yang betul lantas menjelmakannya dalam kehidupan seharian sebagai peransang MOTIVASI untuk menjaga kualiti ibadah secara konsisten. Bermula dari cara bacaan yang bertajwid, memahami makna maksud & tafsirannya sehinggalah ke tahap menghayatinya dengan baik. Menjadi bonus apabila dapat pula menghafaz surah ini.


Syukur alhamdulillah. Selepas mendapat maklumbalas yang sangat baik daripada alumni iTATAP siri sebelum ini (iTATAP al-Mulk & al-Sajdah), pihak kami ingin meneruskan lagi usaha membantu golongan yang mempunyai minat dan azam yang sama. Iaitu mempersiapkan diri dengan al-Quran sebelum dipanggil Allah. Dari semua sudut. Maka tercetuslah siri ketiga iTATAP.


iTATAP al-INSAN

Baiklah kita, APA ITU iTATAP AL-INSAN?







Di luar sana, sudah banyak kelas pengajian al-Quran bertajwid, kelas Tahsin al-Quran, tak kurang juga aktiviti Tadarus berkumpulan secara fizikal mahupun online. Namun, masih terlalu mereka yang tampil memberikan bantuan dari sudut meningkatkan lagi kualiti penguasaan al-Quran  sedia ada. Mungkin ada kekangan yang tersendiri.


Nah, di sini saya Abdul Aziz Abas ingin menawarkan diri untuk mengisi ruang kosong yang ada. Seterusnya memperkemaskan lagi dengan sebuah ekosistem yang unik.   Izinkan saya dan team membantu anda untuk mencapai  impian kita bersama untuk sehidup semati dengan al-Quran.


Izinkan kami membimbing anda dengan bacaan surah al-Insan yang betul & bertajwid sehingga anda mampu membacanya dengan lancar.   Manalah tahu rezeki anda dapat menghafaznya dengan baik sebelum menghembuskan nafas yang terakhir. Sudikanlah diri untuk mengikuti setiap slot pengajian online yang kami sajikan khas untuk anda.  


Kami percaya anda pasti memerlukannya. Jika bukan untuk memperkemas bacaan, boleh jadi untuk anda lebih memahami makna yang  tersurat dan tersirat di sebalik surah ini. Boleh jadi juga untuk anda lebih menghayati surah kegemaran anda. Percayalah, kami ada di sini untuk membantu anda. 


Kerana inilah inti yang akan mengisi kulit bacaan anda selama ini. Dengan cara ini, saya berharap agar kita semua dapat mengamalkan surah yang sangat istimewa ini sebaiknya. 


Kami ingin menjadi pelengkap kepada rakan-rakan kami yang mengalunkan surah ini di subuh hari. Sama ada di masjid/surau/maahad tahfiz ataupun di rumah.   Izinkan kami memberi nilai tambah kepada anda kali ini. 


Masih belum terlambat untuk kita. Manfaatkan peluang ini sebaiknya. 


  iTATAP bukanlah seperti program-program online yang lain. 


iTATAP al-Insan adalah pakej yang lengkap untuk anda yang belum pernah menyertai kelas online seperti ini. 


iTATAP al-Insan juga pelengkap bagi mereka yang pernah menyertai sesi bacaan al-Insan secara fizikal/online. 


Kami telah membuat perbandingan di pelbagai saluran. Kerana itulah, kami sediakan pakej lengkap ini untuk anda.  Semoga kita semua konsisten mengamalkan surah ini sehinggalah dijemput bertemu Allah.


Baiklah, apa yang iTATAP sediakan untuk anda?


ANDA AKAN DAPAT 7 + 7 :


#1

Sesi Bimbingan Bacaan Surah al-Insan

(secara live & video recorded)


#2

31 Ayat Siri Tafsir + Tadabbur Surah al-Insan

(secara live & video recorded)


#3

1 Slot Kaedah Hafazan Tahan Lama

(secara live & video recorded)


#4

4 Sesi Soal Jawab Dengan Peserta

(secara live & video recorded)


#5

7 Siri iTATAP Sepecial Edition

(secara live & video recorded)


#6

Infografik TATAP al-Sajdah Special Edition

(dalam format PDF atau JPEG)


#7

Jadual Hafazan Simple + Practicle

(dalam format yang mudah dicetak)


inilah 7 basic items khas untuk semua peserta...




Kejap!  Ada lagi  BONUS  Khas Untuk Yang Bersungguh


#8 Bonus

E-book Nota iTATAP al-Insan

(dalam bentuk PDF)


#9   Bonus

E-book 7 Sifat Penduduk Syurga al-Quran

(dalam bentuk PDF)


#10   Bonus

E-book Kisah Penduduk Syurga

(dalam bentuk PDF)


#11   Bonus

Sesi Tasmik Bacaan/Hafazan Surah al-Mulk *

(terhad & bersyarat)


#12   Bonus

Diskaun 50% Tiket Personal Coaching & Tasmik

(kami sediakan guru tasmik untuk mereka yang memerlukan)

(terhad & bersyarat)


#13   Bonus

Platform Support Group

(Akses selama 120 hari/4 bulan)


#14    Bonus

Moneyback Guarantee*

(tertakluk syarat)


Inilah 7 + 7 item yang akan anda dapat dalam iTATAP al-Insan




[ FAQ - FAQ - FAQ ] 



1.  Apakah platform untuk peserta iTATAP mengikuti setiap kelas?

= Intensif ini adalah SECARA ONLINE melalui platform  FACEBOOK GROUP KHAS & SUPPORT GROUP



2.  Bagaimanakah cara untuk peserta mengikuti semua kelas ini?

= Peserta boleh mengikuti sesi pembelajaran secara LIVE ataupun menonton rakaman sesi tersebut selepas LIVE. Peserta bebas mengikuti kelas pengajian pada waktu lapang masing-masing, Dan boleh menontonnya beberapa kali tanpa had.



3. Bilakan iTATAP al-Sajdah bermula?

= 07.07.2021 in sya Allah jika tiada sebarang masalah.



4. Saya tidak pandai membaca al-Quran bolehkah saya ikuti iTATAP ini?

= BOLEH. Syarat untuk menjadi warga iTATAP hanyalah kesungguhan ingin belajar. In sya Allah dengan modul & ekosistem yang dibekalkan anda akan melihat perubahan hari demi hari.



5. Makcik bukannya nak hafal surah ini, tapi makcik nak join sebab nak tadabbur & nak hayati lebih mendalam. Nanti kalau dah sertai iTATAP ni, adakah semua peserta diwajibkan menghafaz al-Sajdah?

= TIDAK WAJIB. Menghafaz surah ini adalah pilihan masing-masing. Namun, pihak penganjur akan membantu & membimbing para peserta yang berniat untuk menghafaz surah ini.



6. Adakah penganjur masih menerima pendaftaran selepas 07.07.2021 ini?

= Ya. Pendaftaran masih dibuka sehinggalah pihak penganjur mengumukan penutupan platform yang dibangunkan tersebut. Namun, perserta mungkin terpaksa membayar lebih kerana harga yuran makin meningkat.



7. Adakah peserta yang mengikuti iTATAP al-Sajdah selepas 07.07.2021 tidak lagi dapat mengikuti slot-slot pengajian sebelumnya?

= TIDAK. Kerana semua sesi pengajian dirakam selepas sesi LIVE. Jadi peserta baru tersebut masih boleh mengikutinya dengan baik. 



8. Bagaimanakah jika saya ingin bertanya kepada pembentang?

= Penganjur akan menyediakan pelbagai jenis ruangan bertanya. Sama ada melalui ruangan komen di FB, Chat Room di Telegram ataupun WhatsApp. Dan soalan tersebut akan dijawab dalam sesi LIVE atau berbetuk tulisan.



9. Adakah saya boleh menuntut semula yuran pendaftaran jika saya tidak mendapat sebarang manfaat dari kursus ini?

= YA. Kami bersedia memulangkan semula duit peserta yang terbukti tidak memperoleh sebarang manfaat dari kursus ini setelah 15 hari mengikutinya tanpa sebarang prejudis. 



10. Saya tak pernah tahu pun iTATAP ni, bolehkah saya lihat testimoni peserta iTATAP sebelum ini?

= BOLEH SANGAT. Berikut beberapa ulasan dari alumni iTATAP al-Mulk setelah tamat kursus.













Semoga Allah pelihara hati ini dari meninggi diri lalu melupakan bahawa semua nikmat & kelebihan ini hanyalah semata-mata ujian dari Allah yang memperjodohkan antara pihak penganjur dengan para peserta yang begitu bersungguh-sungguh mengikuti setiap slot sehingga khatam. Sungguhpun ada yang telahpun berumur. Dari situ, maka terhasillah apa yang dapat kami kongsikan di sini sebagai testimoni.

 

Ala kulli hal, semoga Allah memberkati segala usaha kita walau sekecil mana sekalipun.


OK sekarang beritahu cepat berapakah YURAN untuk kami ikuti kursus yang sangat menarik ini?


Jujurnya, nilai yang terkandung dalam iTATAP al-Sajdah jauh lebih tinggi berbanding harga yuran yang pihak penganjur tetapkan. Ini kerana, manfaat yang bakal para peserta dapat sama sekali tidak dapat diukur. BEYOND.  Ia melebihi logik akal kita semua. Kami itidak boleh menjanjikan Syurga kerana ia milik Allah. Namun, program seperti ini ibarat PELABURAN kita semua untuk memperoleh SYURGA idaman tersebut. Hanya tinggal kesungguhan dan perkenan dari Allah untuk kita melalui kursus in dengan jayanya. 

Oleh iitu, dengan bertunjangkan semangat "IHTISAB" dan mengharapkan seramai mungkin mendapat manfaat dari program iTATAP ini, kami cuma letakkan  YURAN KOMITMEN yang MAMPU MILIK. Walaupun tidak setanding dengan nilai sebenar pengisian yang ada.


Sekali lagi kami ringkaskan, ANDA akan dapat :

121 Hari Akses + 66 Hari Intensif + 33 Kupasan + 14 Gift + 11 Aktiviti + 4 Modul Istimewa

Untuk kesemua ini, kami umumkan secara rasmi  YURAN KOMITMEN HANYA RM99  untuk seorang peserta.

Dan sempena hari pelancaran ini,  kami kurangkan lagi khas untuk kumpulan terawal:



Kumpulan Early Bird

RM77 sahaja

(Terhad untuk 77 orang terawal sahaja)


Maaf siap-siap ye. Selepas ini yuran akan kembali kepada harga asal RM99.


Sementara masih awal, daftar segera. Ajaklah orang terdekat. Anda tentu lebih bersemangat mengikuti intensif seperti ini jika ramai kenalan anda turut bersama.


Sebelum itu  jazakumullahu khayra  dan terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi memperkenalkan iTATAP ini kepada keluarga dan sahabat-handai.   Semoga Allah memberkati segala usaha kita semua.  


Doakan kami diberi kekuatan. Untuk terus berkhidmat kepada anda.

Ajaklah sesiapa sahaja. Mereka juga inginkan beroleh untung seperti anda. Semoga tercapai impian kita semua.


SILA BUKA EMAIL SELEPAS BERJAYA MENDAFTAR


Sistem pembayaran anda akan diuruskan oleh ToyyibPay & ANSI System Sdn Bhd sebelum diserahkan kepada pihak penganjur.


-:: JUMPA ANDA DALAM iTATAP ::-

<::::::::::::::::::::::::::::::>

<::::::::::>

<::>

:


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Kelas Online iTATAP al-Insan (Early Bird) RM77
Kelas Online iTATAP al-Insan (Generous) RM99
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN


PENGESAHAN

Perlukan bantuan?